ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak



Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah member impak yang besar dalam bidang pendidikan pada masa sekarang. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah daripada pembelajaran yang hanya menekankan kaedah penghafalan kepada pembelajaran yang merangsangkan pemikiran dan kreativiti. (Yunus, 2003)
Komputer merupakan sebuah peranti elektronik yang memproses dan memanipulasikan data bagi mengeluarkan maklumat dan merupakan mesin yang bergantung kepada program yang digunakan oleh komputer. Komputer boleh melakukan 4 operasi iaitu, input (masuk), dimana komputer menerima data melalui peranti input seperti papan kekunci, tetikus dan lain lain. Seterusnya, pemprosesan, komputer akan melaksanakan operasi terhadap data. Selain itu, output (keluaran), dimana komputer menjana keluaran pada peranti output seperti pencetak, monitor dan pembesar suara. Akhir sekali merupakan storan. Komputer menyimpan data, program dan hasil pemprosesan untuk kegunaan masa depan.
Teknologi Maklumat merupakan penggunaan teknologi moden atau elektronik seperti komputer, rakaman audio, video, dan CD bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat. Teknologi Komunikasi pula merupakan teknologi bagi menyebarkan dan menyampaikan maklumat melalui alat perhubungan moden seperti audio, satelit, internet, video conferencing, CD dan multimedia. Multimedia merupakan suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Hasil dari penggunaan pelbagai media ini menyebabkan sesuatu persembahan maklumat menggunakan teknologi Multimedia kelihatan lebih hidup, dinamik dan mampu menarik perhatian ramai pengguna.(Salsidu et al., 2018)

ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam PdP membolehkan aktiviti PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid.


Rujukan:

Salsidu, S. Z., Azman, M. N. A., & Pratama, H. (2018). Trend Pembelajaran Menggunakan Multimedia Interaktif Dalam Bidang Pendidikan Teknikal : Satu Sorotan Literatur. Sains Humanika, 10(3), 21–27. https://doi.org/10.11113/sh.v10n3.600

Yunus, M. B. J. & S. J. B. M. J. @. (2003). Pembangunan Perisian Alat Bantu Mengajar (ABM) Berasaskan Komputer Bertajuk.

Comments

Popular posts from this blog

Asas Prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata

Pembelajaran Awal Bahasa Melayu