Anak Era Digital
Perkembangan teknologi ke arah serba digital saat ini semakin pesat. Pada era digital seperti ini, manusia secara umum memiliki gaya hidup baru yang tidak bisa dilepaskan dari perangkat yang serba elektronik. Teknologi menjadi alat yang mampu membantu sebagian besar keperluan manusia. Teknologi telah dapat digunakan oleh manusia untuk mempermudah melakukan apapun tugas dan pekerjaan. Peranan penting teknologi inilah yang membawa manusia memasuki era digital.
Era digital telah membawa berbagai perubahan yang baik sebagai perkara positif yang boleh digunakan sebaik-baiknya. Namun dalam waktu yang bersamaan, era digital juga membawa banyak impak negatif, sehingga menjadi tentangan baru dalam kehidupan manusia di era digital ini.
Tentangan pada era digital telah pula masuk ke dalam berbagai bidang seperti politik, ekonomi, sosial budaya, pertahanan, keamanan, dan teknologi itu sendiri. Era digital terlahir dengan kemunculan digital, jaringan internet khususnya teknologi komputer. Media baru era digital memiliki pelbagai ciri yang dapat dimanipulasi, bersifat jaringan atau internet.
Media massa beralih ke media baru atau internet kerena ada pergeseran budaya dalam sebuah penyampaian maklumat. Kemampuan media era digital ini lebih memudahkan masyarakat dalam menerima maklumat dengan lebih cepat. Semakin canggihnya teknologi digital masa kini membuat perubahan besar terhadap dunia, lahirnya berbagai macam teknologi digital yang semakin maju telah banyak wujud. Berbagai kalangan telah dimudahkan dalam mengakses suatu maklumat melalui banyak cara, serta dapat menikmati kemudahan dari teknologi digital dengan bebas.
Kanak-kanak era digital merupakan kanak-kanak generasi baru atau lebih di kenali sebagai kanak-kanak Gen Z dan Gen A iaitu sebagai maklumat tambahan:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga 2009) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A
Generasi Z dan A adalah golongan yang dilahirkan tahun 1998 hingga 2009 dan golongan yang lahir pada tahun 2010. Mereka adalah generasi teknologi. Mereka telah mula melayari internet dan web seiring dengan usia mereka sejak mereka masih belum bercakap. Generasi ini telah dibimbing dan digalakkan oleh ibu bapa menggunakan dunia laman sosial sejak kecil lagi. Dengan kata lain, generasi ini membesar di dalam dunia yang semuanya berhubung menerusi teknologi sejak dari awal lagi.Walaupun terdapat kebimbangan di kalangan ibu bapa apabila mendapati anak-anak mereka menghabiskan terlalu banyak masa berinteraksi secara online berbanding di alam nyata, hakikatnya teknologi bukanlah alat yang dianggap memberi kesan buruk bahkan memudahkan pergerakan dan penghantaran maklumat yang cepat. Justeru, generasi ini melihat faedah teknologi sebagai alat komunikasi yang bersifat ‘nyata dan realistik’. Mereka masih dapat bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di seluruh negara, atau bahkan seluruh dunia, tanpa perlu berada di ruang fizikal yang sama. Malah, cara mereka berkomunikasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS),WhatsApp, Skype dan sebagainya menambah kepada aliran dialog merangkumi interaksi visual sebenar yang berterusan.
Secara ringkasnya, Anak Era Digital ini merupakan kanak-kanak yang terlahir pada zaman teknologi dan dikelilingi dengan pelbagai gajet dan laman-laman sesawang serta permainan interaktif yang memudahkan urusan pembelajaran dan kerja-kerja mereka.
Rujukan:
Sarudin, A., Janan, D., Osman, Z., Khair, A., & Noor, M. (2016). Penilaian Kemahiran Terancang Preschool children ’ s Malay language acquisition based on Planned Skills Assessme ... Penguasaan Bahasa Melayu Kanak-kanak Prasekolah Berdasarkan Inventori Penilaian Kemahiran Terancang. July.
Comments
Post a Comment