Asas Prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata

Kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu, iaitu huruf a hingga z.(Siti Ezaleila Mustafa & Shahrul Nazmi Sannusi, 2012) Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari a hingga z. Kemudian kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au, oi. Selepas itu, huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Pemulihan khas bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat ‘mengubati’ pelajar lambat ini. Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan ‘pendekatan fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK diasaskan berdasarkan ciri-ciri istimewa y...