Posts

Kandungan Di Dalam Subjek Bahasa Melayu

Image
HURUF KONSONAN DAN VOKAL CERITA-CERITA RAKYAT Keldai Dan Serigala Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat meragut rumput dengan senang hati. ‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya…. “Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah seringala. “Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak aku?’’tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’Kata keldai dengan berani. ‘’Betul juga cakap kam...

Asas Prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata

Image
Kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu, iaitu huruf a hingga z.(Siti Ezaleila Mustafa & Shahrul Nazmi Sannusi, 2012)  Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari a hingga z. Kemudian kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au, oi. Selepas itu, huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Pemulihan khas bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat ‘mengubati’ pelajar lambat ini. Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini.  Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan ‘pendekatan fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK diasaskan berdasarkan ciri-ciri istimewa y...

Pembelajaran Awal Bahasa Melayu

Image
Membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.  Ini bermakna tanpa memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap mahir membaca.( Nurul Aminah Basharuddin & Hasnah Mohamad, 2015)  Membaca juga dapat membantu perkembangan kognitif dan afektif seseorang murid. Justru itu, kemahiran membaca perlu dikuasai diperingkat awal persekolahan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan agar mereka dapat berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.  Sekiranya seseorang murid tidak boleh membaca seperti rakan-rakan sebaya mereka, mereka bukan sahaja akan ketinggalan dalam pelajaran, malah mereka juga akan merasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan kurang minat belajar.   Justeru, itu, Program Pemulihan Bacaan perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Guru haruslah memulakan ...

Bahasa Melayu

Image
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai kaum atau bangsa. Terdapat tiga bangsa majoriti di negara kita yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Manakala dalam kepelbagaian bangsa ini pula terdapat lagi kaum-kaum lain seperti Iban, Melanau, Kadazan dan sebagainya. (Nurul Aminah Basharuddin & Hasnah Mohamad, 2015) Semua kaum di Malaysia sejak dahulu lagi telah menggunakan satu bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu. Namun sedarkah kita akan kelunturan penggunaan bahasa Melayu pada era globalisasi ini. Masyarakat kini lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dan 'bahasa rojak'. Di manakah silapnya sehinggakan bahasa Melayu kian dipingirkan oleh masyarakat. Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan bahasa Melayu sebagai medium bahasa utama di negara ini. Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelba...

Anak Era Digital

Image
Perkembangan teknologi ke arah serba digital saat ini semakin pesat. Pada era digital seperti ini, manusia secara umum memiliki gaya hidup baru yang tidak bisa dilepaskan dari perangkat yang serba elektronik. Teknologi menjadi alat yang mampu membantu sebagian besar keperluan manusia. Teknologi telah dapat digunakan oleh manusia untuk mempermudah melakukan apapun tugas dan pekerjaan. Peranan penting teknologi inilah yang membawa manusia memasuki era digital.  Era digital telah membawa berbagai perubahan yang baik sebagai perkara  positif yang boleh digunakan sebaik-baiknya. Namun dalam waktu yang bersamaan, era digital juga membawa banyak impak negatif, sehingga menjadi tentangan baru dalam kehidupan manusia di era digital ini.  Tentangan pada era digital telah pula masuk ke dalam berbagai bidang seperti politik, ekonomi, sosial budaya,  pertahanan, keamanan, dan teknologi itu sendiri. Era digital terlahir dengan kemunculan digital, jaringan internet khususnya ...

ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Image
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah member impak yang besar dalam bidang pendidikan pada masa sekarang. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah daripada pembelajaran yang hanya menekankan kaedah penghafalan kepada pembelajaran yang merangsangkan pemikiran dan kreativiti. (Yunus, 2003) Komputer merupakan sebuah peranti elektronik yang memproses dan memanipulasikan data bagi mengeluarkan maklumat dan merupakan mesin yang bergantung kepada program yang digunakan oleh komputer. Komputer boleh melakukan 4 operasi iaitu, input (masuk), dimana komputer menerima data melalui peranti input seperti papan kekunci, tetikus dan lain lain. Seterusnya, pemprosesan, komputer akan melaksanakan operasi terhadap data. Selain itu, output (keluaran), dimana komputer menjana keluaran pada peranti output seperti pencetak,  monitor dan pembesar suara. Akhir sekali merupakan storan. Komputer menyimpan data, program dan hasil pemprosesan untuk kegunaan masa depan. T...